15 June, 2022

PENAT

Serius weh,

Aku penat. Mental.

Bangun pagi stress. Nak muntah.

Jantung laju.

Aku tak boleh fokus.

Badan penat.

Takde motivasi.

Aku bercakap dengan orang, tapi dalam kepala berkecamuk serabut.

Termenung dan hilang dalam fikiran sendiri tu selalu.

Dah tak ambik kisah hal² atas talian.

Semoga aku bertabah.

12 December, 2021

Sabar jer lah...

 


Alhamdulillah, dah beberapa minggu lepas PKP 2.0, ramai yang berpusu-pusu balik ke kampung. Dulu ada yang berkobar-kobar lepas PKP nak merentas negeri nak balik jenguk family di kampung. 

Bila dah takde PKP, ada yang pergi bercuti dulu. Simpang ke kampung dia pun, dia lajak jer buat buat tak nampak. Makcik Kiah Propa, jiran dia punya jiran yang duduk rumah sebelah rumah mak dia, dok lambai tepi jalan sambil bawak petai lima ikat pun, dia buat dokno jer...

petai mahal la ni... eh, tiberr..

Apa apa pun, jagalah SOP. Ni dah 2 tahun tak beraya kat kampung ni, korang jangan sampai tahun depan beraya terkurung lagi. Abang dah penat beraya makan biskut cicah kopi O jer...



23 January, 2021

Salam PKP 2.0 Padan Muka kakaka...

Semenjak PKP, kaum lelaki dah pandai kan buat benda yang diorang tak pernah buat... kekeke

 

Salam PKP 2.0. Aku dah start Tido Kerja dari Rumah. Apa, korang ingat Jaga takleh kerja dari rumah?

kakakaka... masa aku start WFH, rasa macam bangang dan noob gak ahh.. lama lama dah terer, sambil baca email, aku potong bawang ngan ikan bilis buat cekodok, masa webinar, mata hadap laptop tapi tangan dok kacau tepung nak buat lempeng... fuh, multi purpose woi..

Last-last sampai bosan, berderet2 aku order barang kat Shopee. Sampai wallet dari gemuk jadi kurus, aku gak yang dari kurus makin gemuk. Brader J&T menyumpah asyik kena panjat tangga, last-last depa suruh aku turun ambik sendiri. kakakaka..

Aku harap PKP 2.0 ni tak lama, walaupun ada kabo ngatekan PKP sekurang-kurangnya 6 minggu.. Aishh... gemuklah aku lagu ni.. hahahaha.. nak panjat bukit.. rinduuu