31 August, 2017

Aujinz pergi AniMangaKi 2017

Aku selalu baca kawan kawan yang join event seperti Comic Fiesta, VAXX dan lelain. Aku tak suka bersesak sesak sebenonya, dan lagi malas nak drive dan cari parking. Sebab tu tak join sangat event mcm tu. Dah laa masuk kena bayar. RM24 sehari, RM40 untuk dua hari event πŸ˜…

Dek kerana nak tahu apa yang bestnya event macam tu, kebetulan geng Macross aku pun ada buat exhibition, aku decide gak nak join. Walhal, masa tu tengah sakit kepala, suara tak keluar bagai, gigih gak drive ke Sunway. Sebab aku familiar dengan jalan kat area sana berbanding KL, jadi aku decide nak pergi.

Perjalanan, Alhamdulillah smooooth, tapi time nak parking tu, ya tuhan, lima tingkat parking, tiga kali aku naik turun selama 20 minit. Last last aku fed up, sampai kat parking bumbung, aku berhenti tepi tunggu sesiapa nak keluar. Tak sampai 5 minit, terus ada kereta keluar parking. Huhuhu...style ni aku tiru ex aku dulu sebab kalau keluar dengan dia selalunya dia drive πŸ˜…


Part kedua, aku dok mencari kat mana dia punya convention center. Hampeh betei takde guide kat fb Animangaki kat mana convention center. Jadi aku redah cari. Sampai ke Lower ground. Jibon betei. Hahahaha.. rupa rupanya kat tingkat 3.


Tedia ramainya orang. Siap lelaga bontot lagi. Huhuhu.. tapi sebab masa tu aku sakit kepala, so aku jalan menonong cari booth target aku dulu..


Booth feveret aku Macross😍😍😍😍😍😍 Always Macross fan.. penyebab utama aku pergi aniMangaki 2017


Macrossss lagi....😍😍😍😍


Star Warsss...feveret gak 😍😍😍


Konsertttt dan cosplay... semua lagu Jepun 

Cosplayyy.. awek tudung biru tu comel .. aku ni pemalu orangnya, so nak bergambar dengan cosplayer tu memang idok ler πŸ˜… walhal depa lagi suka orang bergambar dengn diorang

Aku tak tengok Transformers The Last Knight lagii.. siapa nama beliau? Uhuhu

Ada pelukis pelukis femes di IG/fb contohnya macam purplework faiez

Art suppliessss... hampir rabak gak kat sini tapi sebab aku tengah save duit nak travel, terpaksa tahan diri gak jimat cermat πŸ˜…


Antara harta rampasan yang aku bawa balik dari animangaki 2017. Nasib baik aku save duit nak travel, kalau tak lagi banyak agaknya aku sapu.

Itu pengalaman pertama aku juin event cenggini. Sebelum ni, event crowded macam ni cuma pesta buku jerlah.. dan aku pergi sebagai anonymous sebab ada kengkawan fb aku kat sana siap berselisih tapi sebab aku tak pernah post gambar, so depa tak kenal... hua hua hua.. rasa macam alter ego superhero bak kata Amna.

Even geng Macross aku pun tak kenal πŸ˜…

permulaan inilah menyebabkan aku ke event kedua di Summit USJ plak. 

Itu next entry aku cerita πŸ˜„







2 comments:

  1. ingatkan tak nak update blog dah. hahaha...

    ReplyDelete
  2. Gambar2 yang ada orang semua macam dari sudut terlindung acah2 stalker amik gambar sesenyap. lol!

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD